Rentas Daerah/Negeri ke Kebun Semasa PKP(B)?

Ramai yang tidak tahu bahawa dengan prosedur dan kaedah yang betul para pekebun dan peladang masih boleh pergi ke kebun dan ladang mereka diwaktu tempoh PKP atau PKPB. 

Saya sering melihat soalan berkenaan dengan perkara ini di Facebook dan media sosial yang lain berkenaan dengan para pekebun yang resah dan mengeluh kerana tidak dapat pergi ke kebun mereka di dalam tempoh PKP atau PKPB. 

Di sini saya akan menerangkan dengan ringkas kaedahnya menggunakan infografik. 

Saya ada membaca perbezaan prosedur pada langkah terakhir oleh beberapa orang pekebun dimana ada balai polis yang memerlukan borang rentas daerah/negeri di isi dan dicop/tandatangan oleh polis walaupun pengalaman yang saya lalui setakat ini tidak perlu. 

Apapun, nasihat dan prosedur balai polis ditempat anda berada perlulah diikuti dan digunapakai. 

Di bawah ialah contoh surat saya beserta cop-cop dan tandatangan yang berkaitan:

Semoga artikel ringkas ini bermanfaat untuk para pekebun yang mempunyai kebun di luar daerah dan negeri kediaman. 

Perkembangan terbaru:

Bermula pada 14 Julai 2021, para petani, peladang dan tuan punya kebun diperlukan untuk membuka akaun log-in di dalam sistem e-Gerak Tani untuk mendapatkan surat permohonan keterlibatan dalam ‘essential services’ rantaian makanan daripada Pejabat Pertanian Daerah.

Perbezaan utama surat yang terbaru ini ialah ia mempunyai kod QR dengan singkatan ‘PPN’ berwarna merah di bawah kod (sama dengan surat yang dikeluarkan oleh MITI bagi syarikat-syarikat dan industri). 

surat jabatan pertanian
Surat terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian melalui permohonan e-Gerak Tani

Selepas mendaftar user name dan password, keterangan mengenai peladang dan kebun serta beberapa dokumen sokongan seperti gambar kebun, geran, kad pengenalan perlu diisi dan dimuat-naik ke dalam sistem. 

Tempoh kelulusan minimum saya tidak berapa pasti kerana saya hanya menyemak permohonan saya melebihi 10 hari. Kemungkinan masa untuk kelulusan adalah jauh lebih cepat daripada tempoh ini. 

Jika pembaca-pembaca mempunyai pengalaman yang berbeza untuk proses ini saya mengalu-alukan perkongsian anda di ruangan komen di bawah. Sekian.

Share this

2 thoughts on “Rentas Daerah/Negeri ke Kebun Semasa PKP(B)?

  • June 8, 2021 at 3:31 am
    Permalink

    Salam Tuan..perlu ke kita mendaftar syarikat untuk membuat projek tanaman durian. Saya dalam proses mencari input untuk projek tanaman durian apa langkah pertama yang saya perlu lakukan. terima kasih.

    Reply
    • June 10, 2021 at 1:03 am
      Permalink

      Waalaikumsalam En. Junid,
      Dlm kes kebun saya sendiri, saya mendaftarkan syarikat sebagai entiti yang menguruskan kebun saya. Manfaat mempunyai syarikat dlm menguruskan kebun dibandingkan dengan individu ialah seperti berikut:

      1. Perbelanjaan mengurus kebun boleh diletakkan sebagai “cost of doing business” bermaksud segala wang yg dihabiskan utk urusan kebun boleh mendapat pengecualian cukai.
      2. Dlm waktu PKP skrg, kemungkinan besar pd masa hadapan hanya kebun2 dan ladang2 yg diuruskan oleh syarikat shj yg diberikan surat utk beroperasi oleh Kementerian Pertanian {sy telah mula membaca tulisan dan komen bbrp pekebun durian yg memberitahu sijil SSM diperlukan untuk mendptkan surat Kementerian/pejabat pertanian daerah dan permit polis)
      3. Dgn mempunyai syarikat, tuan tanah akan mempunyai mindset dan pendekatan utk menguruskan perbelanjaan kebun seperti sebuah perniagaan dan bukan setakat hobi.
      4. Akan mempunyai ‘branding’ atau penjenamaan yg lebih baik.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *