Penyakit Pokok Durian & Cara Rawatan

Berdasarkan pengalaman sendiri sebagai penanam, terdapat beberapa jenis penyakit pokok durian yang sering menyerang terutamanya kulat yang boleh menyebabkan kematian pokok. Setiap serangan kulat yang berbeza memerlukan racun kulat yang berbeza bahan aktifnya. 

Saya akan mengkategorikan penyakit pokok durian kepada 2 kumpulan iaitu penyakit kulat dan penyakit serangga perosak. 

Ada di antara penyakit-penyakit yang dibincangkan di sini dihadapi sendiri oleh pokok-pokok durian di kebun saya dengan gambar-gambar yang sebenar pada daun atau bahagian lain pokok. 

Walaupun durian dikategorikan sebagai pokok tropika, serangan kulat biasanya terjadi terutamanya pada musim hujan atau pada musim dengan kelembapan yang tinggi dan panas sewaktu siang.

Daun-daun yang dijangkiti kulat ini tidak akan sembuh. Praktis yang baik adalah memotong daun-daun yang sakit dan kemudian dibakar. 

Daun-daun pokok yang telah gugur pada tanah keliling pangkal juga harus dikumpulkan dan dibuang/bakar. Ini adalah kerana spora kulat ini masih hidup pada sisa-sisa daun yang telah jatuh. 

Pengaliran udara pada kanopi pokok perlu diperbaiki dengan cara membuat pemangkasan. Pastikan aliran udara adalah baik dan tiada teduhan daripada pokok-pokok besar sekeliling yang lain.  

Hentikan pembajaan kimia NPK pada tempoh rawatan dan hanya mengaplikasikan baja organik pada pokok yang sedang dirawat. 

Penyakit pokok durian yang disebabkan oleh serangan kulat yang pertama saya bincangkan disini ialah hawar daun/pucuk. 

1. Hawar Daun/Pucuk
penyakit pokok durian

Berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman saya, pokok durian Musang King amat mudah diserang oleh  kulat Rhizoctonia solani atau dikenali sebagai hawar daun jika dibandingkan dengan klon-klon lain contohnya klon Duri Hitam dan klon IOI. 

Kulat ini menyerang daun dan pucuk. Pada daun ia kelihatan seperti tompokan air dengan corak rawak yang berwarna perang. Dalam kebanyakan kes, bahagian tompokan ini akan mengering. 

Pada pucuk/tunas pokok durian pula, kulat ini menyebabkan pucuk/tunas mengerekot dan akhirnya mengering. Pokok dalam kebanyakan kes akan mula mengeluarkan tunas-tunas baru di dahan-dahan yang lain secara rawak (survival mode). 

Kadar kematian pada anak-anak benih durian bersaiz 2 kaki ke bawah diperhatikan agak tinggi apabila dijangkiti dengan kulat R. solani

- Langkah Rawatan

– Penyebab penyakit: Keadaan yang lembap atau musim hujan dengan panas pada siang hari. Juga disebabkan oleh pengaliran udara yang tidak baik 

– Racun kulat bahan aktif: Pencycuron (jenama Monceren)

– Kepekatan bancuhan: 20g serbuk racun untuk 10L air

– Jadual semburan: Ulangi selepas 7 hari jika pokok masih tidak sembuh

2. Karat Daun
karat daun

Daun mempunyai tompok-tompok berwarna seperti karat. Penyakit ini disebabkan oleh lumut Cephaleuros virescen. Biasanya menyerang pada musim hujan atau pada keadaan sekeliling yang lembap dengan aliran udara yang tidak baik. 

Ia juga biasa dilihat pada daun-daun yang berada di dahan-dahan yang rendah atau hampir kepada tanah. 

Serangan karat daun diperhatikan konsisten pada klon-klon durian yang berbeza yang mempunyai keadaan sekeliling yang sama. 

- Langkah Rawatan

– Penyebab penyakit: Keadaan yang lembap atau musim hujan dengan panas pada siang hari. Juga disebabkan oleh pengaliran udara yang tidak baik 

– Racun kulat bahan aktif: Copper oxychloride (jenama Coprantol 870)

– Kepekatan bancuhan: 16g serbuk racun untuk 10L air

– Jadual semburan: Ulangi selepas 7 hari jika pokok masih tidak sembuh

 

3. Bintik Daun
phomopsis

Bintik-bintik hitam dan dikelilingi dengan bentuk cincin berwarna kuning. Penyakit ini disebabkan oleh kulat Phomopsis durionis.

Biasanya menjangkiti anak-anak benih durian yang berumur 1-3 bulan lepas cantuman pada pemerhatian saya. 

- Langkah Rawatan

– Penyebab penyakit: Keadaan yang lembap atau musim hujan dengan panas pada siang hari. Juga disebabkan oleh pengaliran udara yang tidak baik 

– Racun kulat bahan aktif: Carbendazim (jenama Bavistin atau Kombat)

– Kepekatan bancuhan: 25g serbuk racun untuk 10L air

– Jadual semburan: Ulangi selepas 7 hari jika pokok masih tidak sembuh

4. Cendawan Angin
cendawan angin

Jangkitan kulat ini disebabkan oleh spesis kulat Corticum salmonicolor. Pada permulaan serangan, kulat ini kelihatan sebagai jaringan miselium putih pada batang, dahan atau ranting.

Dalam keadaan yang lembap, ia akan bertukar kepada warna jingga atau merah jambu dan berbentuk gegelung. 

Dahan atau ranting yang dijangkiti jika tidak dirawat akan mati. Walaupun bagaimanapun, pokok tidak akan mati. 

Cendawan angin biasanya menjangkiti pokok-pokok matang berusia empat atau lima tahun ke atas yang mempunyai kanopi yang rendang dan berkembang dengan sempurna.

- Langkah Rawatan

Penyebab penyakit: Keadaan yang lembap berpanjangan atau pada musim hujan. ditambah pula oleh pengaliran udara yang tidak baik di dalam kawasan kanopi.

– Racun kulat bahan aktif: Mana-mana jenama racun kulat dengan bahan aktif copper, copper oxide, copper hydroxide, copper oxychloride atau triadimefon. 

– Kepekatan bancuhan: Bergantung syor pengeluar racun pada label 

– Jadual semburan: Ulangi selepas 7 hari jika pokok masih tidak sembuh

Bahagian dahan, batang atau ranting yang telah mati perlu dipotong dan dibakar. Luka pada bahagian potongan disapu dengan racun kulat atau tree dressing. 

Pengetahuan Berkenaan Racun Kulat - Penting!

Bagi seorang pekebun durian, ilmu berkenaan racun kulat dan pengalaman praktikal yang berikut adalah amat penting untuk dipelajari:

 

  1. Jenis racun kulat (sentuh atau sistemik, specific atau umum)
  2. Boleh mengenalpasti jenis kulat yang menyerang pokok
  3. Mengetahui bahan aktif atau ‘trade name’ racun untuk jenis kulat yang menyerang
  4. Waktu semburan yang sesuai
  5. Proses ‘decision making’ samada untuk mengulangi semburan racun kulat yang sama atau menukar kepada racun kulat yang lain jika tiada pemulihan dilihat pada pokok
  6. Penggunaan cuka kayu sebagai pencegahan atau kawalan serangan awal organik. 

Saya telah menulis artikel khusus berkenaan dengan ilmu racun dengan mendalam yang boleh dibaca di artikel ini. 

Penyakit Serangga Perosak:

Berdasarkan pengalaman saya, serangan serangga perosak jarang menyebabkan kematian kepada pokok durian kecuali serangan ‘stem borer’ atau ulat pengorek batang. 

Mari kita bincangkan satu persatu jenis-jenis serangga perosak yang biasa menyerang pokok durian dan cara-cara menghapuskannya. 

1. Teritip Daun
teritip daun
Kesan teritip (tompokan kuning) di sebelah atas daun
Kelihatan serangga teritip di sebelah bawah daun

Biasa menyerang daun pokok durian pada musim hujan dan panas. Daun sebelah atas terdapat kesan tompokan berwarna kuning. Apabila daun dilihat di sebelah bawah, kita akan melihat sisik-sisik kecil berwarna perang cerah. 

Serangga teritip ini akan melekat pada bawah daun dan menghisap cecair daun yang akan merencatkan klorofil pada daun. 

- Langkah Rawatan

Sembur dengan racun serangga white oil + abamectin atau white oil + dimethoate. Ulangi seminggu sekali. 

Harus saya terangkan disini bahawa dalam kebanyakan kes rawatan, daun pokok tidak akan sembuh. Selalunya pokok akan menggugurkan daun yang diserang dan kemudian akan mengeluarkan pucuk-pucuk yang baru. 

Oleh itu, jangan bimbang jika pokok menggugurkan hampir keseluruhan daun yang dijangkiti.

Nota: Terdapat 2 jenis kepekatan white oil yang dijual di kedai pertanian iaitu 99% (BRT Spray Oil) dan 72% (Albarol). Kedua-duanya boleh digunakan bergantung kepada bajet pekebun. 

2. Kutu Psyllid
kutu psyllid

Biasanya dapat dilihat menyerang pucuk-pucuk dan daun-daun muda pokok durian. Di kebun saya ia tidak menjadi ancaman yang besar kerana bilangannnya yang kecil. 

Serangan kutu ini dalam jumlah yang besar akan menyebabkan pucuk dan daun muda menjadi mengerekot dan akhirnya kering dan gugur.

Kutu psyllid dan larvanya menghisap cecair daun pokok dan bertelur pada lapisan tisu daun. Saiz larva ialah 1mm dan apabila dewasa akan berubah kepada kutu yang mempunyai ekor berbulu panjang bewarna putih. 

- Langkah Rawatan

Terdapat beberapa jenama racun serangga yang boleh digunakan untuk membasmi kutu psyllid. Senarai racun yang telah dicuba dan didapati berkesan ialah:

  1. Confidor (Bayer)
  2. Cypermethrine
  3. Abamectin
  4. Solomon (Bayer)

Beberapa pekebun durian juga telah memberitahu saya penggunaan racun serangga aerosol domestik seperti Bygon dan Ridsect juga berkesan. Pastikan racun serangga aerosol ialah dari jenis ‘water-based’.

Perlu difahami di sini ialah semburan yang pertama akan membunuh kutu psyllid dewasa dan bukan telurnya. Semburan perlu diulangi selepas 5 hari untuk menghapuskan larva yang telah menetas. 

3. Ulat Pengorek Batang

Pada pendapat saya, penyakit pokok durian yang paling merbahaya (disebabkan oleh serangga perosak) ialah ulat pengorek batang atau ‘stem-borer’.

Ulat pengoreng batang ialah larva beberapa spesis kumbang yang terdapat di dalam hutan atau ladang-ladang dan kebun. 

Dalam kebanyakan kes, penanam durian perlu memerhati dan membezakan antara batang pokok durian yang terkena serangan kulat kanker atau serangan stem-borer yang boleh dilihat sebagai sama pada mulanya. 

penyakit pokok durian

Sebagai panduan pembaca, perbezaan yang boleh digunakan untuk mengenalpasti serangan yang mana satu sedang berlaku ialah kewujudan lubang atau lubang-lubang pada permukaan batang samada mengeluarkan lelehan ataupun tidak.

Jika tiada lelehan atau cairan daripada lubang ini bermaksud serangan stem-borer. Namun begitu, ia bukanlah diagnosis yang 100% tepat. Apapun, rawatan dengan cara mengikis kulit pokok dan mendedahkan kaviti lubang akan memberikan petanda yang tepat. 

Untuk gambar kes di atas, selepas kulit dan bahagian kambium batang pokok dikikis, kita dapat melihat larva stem-borer tersebut (gambar bawah). Kita kemudiannya boleh meneruskan proses rawatan pokok dengan menggunakan racun serangga perosak yang sesuai.

stem borer
- Langkah Rawatan

Cara merawat penyakit pokok durian ini ialah dengan mengikis bahagian kulit dan kambium yang telah rosak menggunakan pisau, parang atau besi pengikis.

Kemudiannya, guna racun serangga dengan bahan aktif lambda-cyhalothrin. Diantara jenama dengan bahan aktif ini ialah Karate (Syngenta).

Terdapat kemungkinan ada larva-larva yang masih bersembunyi oleh itu aplikasikan racun ini di keseluruhan kawasan yang dijangkiti atau rosak. 

Kaedah yang lebih murah ialah dengan menyembur racun serangga aerosol water-based ke dalam lubang (tanpa mengikis). Kaedah ini agak berisiko kerana pokok mungkin mati disebabkan oleh semburan ke dalam batang yang berlebihan.   

 

4. Teritip Daun (spesis lain)

serangga teritip
Perosak ini berada di sebelah atas daun dan meninggalkan kesan-kesan pergerakan berwarna kuning pada permukaan daun

Serangga perosak ini baru saya jumpa pada anak-anak pokok durian di nurseri saya di kampung. Menyerupai teritip yang biasa cuma bezanya ialah serangga bersisik ini berada di atas permukaan daun dan bukannya dibawah seperti yang biasa. 

Saya telah menyembur white oil + wetting agent pada daun pokok-pokok yang dijangkiti dan akan memberikan update samada white oil berkesan menanggani jenis serangga teritip ini. 

Share this

41 thoughts on “Penyakit Pokok Durian & Cara Rawatan

  • January 6, 2021 at 3:00 am
    Permalink

    tuan, semua racun2 kulat ini dibancuh kemudian disembur pd daun atau disiram pada akarnya? mohon pencerahan.

    Reply
    • January 21, 2021 at 5:53 pm
      Permalink

      Salam Tuan Rizzuan,
      Racun kulat disembur pada daun melainkan untuk serangan kulat pada akar. Diantara penyakit serangan kulat pada akar ialah penyakit akar putih dan serangan reput akar phytophthora palmivora. Untuk kedua-dua jenis penyakit kulat ini, racun kulat perlu di siram pada keliling pangkal atau kanopi pokok.

      Reply
  • May 3, 2021 at 1:39 am
    Permalink

    tuan bole ke racun ni dilakukan serentak? seperti racun kulat yang tuan mentioned di atas.

    Reply
    • May 7, 2021 at 7:04 am
      Permalink

      Boleh jika memenuhi syarat seperti dlm jadual di dalam artikel sy.

      Reply
      • August 18, 2021 at 2:36 am
        Permalink

        Ada satu pokok durian dengan ketinggian hampir 15 kaki di tempat saya terkena serangan stem borer.

        Simptom awal kelihatan seperti serangat kulat apabila daun menjadi layu & kekuningan. Sudah agak terlewat ketika punca sebenar dikenalpasti. Stem borer telah membuat pusingan sekeliling batang utama menuju ke atas.

        Rawatan dilakukan dengan mengikis kawasan yang dikorek dan disembur racun Hybrid-505 (Chlorpyrifos 45.9%). Serangan menyebabkan kebanyakan dahan bahagian atas, hampir 6 kaki dari kawasan serangan mati. Bawah bawah kawasan serangan subur seperti biasa.

        Reply
  • June 7, 2021 at 12:27 am
    Permalink

    tuan..dalam kebun durian saya tu ada 4 jenis baka durian sebanyak 60 pokok. saya ambik contoh yg terkene penyakit hawar daun adalah sebanyak 6 pokok musang king.. soalan saya adakah saya perlu sembur racun pada pokok yg terkene penyakit sahaja ke atau saya perlu sembur pada semua 60 pokok durian yg lain jgk.

    Reply
    • June 7, 2021 at 5:52 pm
      Permalink

      Apa yang saya praktikkan di kebun saya ialah untuk merawat secara spesifik, bermaksud hanya sembur kepada pokok2 yang sakit sahaja.

      Saya hanya akan spray pada semua pokok untuk racun kulat jenis ‘general fungicide’ yang lebih berfungsi untuk memberikan perlindungan kepada pokok, cthnya: copper oxychloride atau copper hydroxide

      Reply
  • June 12, 2021 at 2:34 pm
    Permalink

    Salam, tuan.
    Satu pokok saya telah diserang oleh 3 jenis penyakit(Karat Daun, Bintik Daun dan Kutu Psyllid) pada masa yang sama. Adakah saya perlu campur Copper oxychloride, Carbendazim dan Confidor untuk merawat pokok tersebut? Kalau perlu, apakah sukatan atau kadarnya (nisbah untuk ketiga-tiga racun tersebut? 10 liter air?)
    Minta nasihat dan cadangan tuan.
    Terima kasih banyak.

    Reply
    • June 14, 2021 at 12:54 pm
      Permalink

      Waalaikum salam,

      Keadaan dimana pokok diserang oleh 2 jenis kulat dan bbrp serangga perosak pada waktu yg sama adalah perkara biasa. Untuk mengetahui samada boleh campur atau tidak kita perlu tahu jenis keadaan fizikal racun-racun ini.

      Copper oxychloride = WP atau serbuk larut air
      Carbendazim = SC atau pekatan ampaian dan juga WP
      Confidor = SL atau pekatan larut air

      Dua racun yang mempunyai keadaan fizikal yang sama tidak boleh dicampur. Tuan boleh baca artikel saya berkenaan dgn keserasian campuran di sini https://www.bukittapahdurian.com/6-ilmu-penting-racun-kulat-dan-serangga/ dan lihat Jadual 1.

      Tuan boleh komen pada saya semula jika ada pertanyaan lanjutan.

      Reply
      • June 16, 2021 at 10:26 am
        Permalink

        Salam, tuan.

        Terima kasih kerana sudi memberi nasihat.

        Mengikut jadual, racun yang tidak larut air, WP (Copper oxychloride dan Carbendazim) boleh campur. Manakala, racun yang larut air, SL (Confidor) boleh campur dengan racun yang tidak larut air. Adakah tafsiran saya betul?

        Jadi, kesimpulannya ketiga-tiga racun boleh campur? (juga bergantung kepada racun sama ada jenis serbuk atau cecair?)

        Terima kasih.

        Reply
        • June 16, 2021 at 3:46 pm
          Permalink

          WP = wettable powder atau dlm bahasa Melayu “serbuk bancuh”

          Untuk menjawab soalan tuan, WP+WP boleh bancuh sekali. SL+WP juga boleh bancuh sekali.
          Maka dengan ini copper oxychloride, carbendazim dan confidor secara teori boleh dicampur ketiga-tiganya serentak. Walaupun begitu, saya syorkan tuan test spray dahulu dan lihat kalau ada kesan negatif sbb dikhuatiri bancuhan carbendazim dan copper oxychloride tu terlalu kuat.

          Reply
          • June 28, 2021 at 9:33 am
            Permalink

            Terima kasih atas nasihat yang diberikan.
            Pokok yang sakit itu keluar daun kecil banyak tetapi daun-daun tersebut tidak dapat tumbuh besar.
            Khuatir tidak dapat hidup lama…

            Terima kasih sekali lagi.

          • June 28, 2021 at 4:38 pm
            Permalink

            Pokok tidak cukup tenaga untuk normal growth tuan. Akan memakan masa. Kalau sayang pada pokok yg sakit itu (sbb sudah tanam lebih dari 6 bulan atau benih mahal), saya recommend utk beli dan spray Fastgrow Hijau. Amat berbaloi dan baja foliar ini mmg nmpk effect yang ketara pada pokok. Sy sudah pakai Fastgrow selama 3 tahun. Tuan boleh cuba.

      • July 2, 2021 at 10:49 am
        Permalink

        tuan..kalau pokok diserang oleh semua penyakit diatas,adakah pokok durian akan mati?ataupun sesetengah penyakit saja yg boleh menyebabkan kematian pokok..harap respon dari tuan..tq

        Reply
        • July 2, 2021 at 1:08 pm
          Permalink

          Berdasarkan pengalaman di lapangan dan pembacaan kes-kes pekebun yg lain:
          1. Hawar daun – pokok besar (> 1 tahun) tidak mati, anak pokok tinggi 2.5 kaki ke bawah boleh mati
          2. Karat daun – pokok tidak mati (besar mahupun kecil)
          3. Bintik daun – pokok tidak mati (besar mahupun kecil)
          4. Teritip daun – anak pokok <3.0 kaki ke bawah mati, pokok >1 tahun tidak mati
          5. Kutu psyllid – pokok tidak mati (besar atau kecil)
          6. Ulat pengorek batang – pokok kecil dan pokok besar mati

          Soalan yg bagus tuan. Harap membantu.

          Reply
          • July 5, 2021 at 5:43 pm
            Permalink

            terima kasih diatas respon tuan..lagi 1 anai2 ni boleh recomankan racun yag sesuai tak dan cara kegunaannya..selalu tgk dlm youtube siram dekat pangkal pokok..

          • July 11, 2021 at 3:22 pm
            Permalink

            Racun anai-anai memerlukan bahan aktif ‘fipronil’. Jenama yang pada kebiasannya digunakan ialah Regent dari Bayer. Semoga bermanfaat.

  • July 8, 2021 at 2:56 pm
    Permalink

    Salam tuan. Saya mempunyai kebun durian dan saya tak banyak ilmu mengenai penjagaan durian ini. Pokok durian saya ada mengalami serangan serangga atau pokok menjadi kurang baik dengan serangan yang berbeza. Bolehkah saya mohon untuk berhubung dengan tuan untuk meminta nasihat dan tunjuk ajar. Saya tak pasti jenis serangan pokok saya itu. Saya perlu untuk tunjukkan gambar keadaan pokok saya. Mohon jasa baik tuan untuk saya boleh hubungi tuan.

    Reply
    • July 9, 2021 at 2:40 pm
      Permalink

      Waalaikum salam,
      Boleh berhubung dengan saya di 019-2101045.

      Reply
  • July 8, 2021 at 4:07 pm
    Permalink

    Salam tuan…mengapakan pokok Durian mengecut dan daun gugur

    Reply
    • July 9, 2021 at 2:38 pm
      Permalink

      Simptom ini boleh berlaku kerana banyak sebab tuan. Saya menggangap air cukup, tidak terkena semburan racun rumpai dan tidak kena stem borer (ulat pengorek batang), maka kemungkinan sebabnya ialah kulat akar putih. Tuan kena check dan cancel out kemungkinan2 ini satu per satu.

      Reply
      • July 10, 2021 at 11:52 pm
        Permalink

        Tuan, untuk mengelakkan dari serangan kulat akar putih ni, bolih ke siram racun kulat hexaconazole ke pokok2 yang sihat? kekerapan brapa ye, terima kasih atas maklum balas.

        Reply
        • July 11, 2021 at 6:10 am
          Permalink

          Salam Tuan Yunos,
          Siraman berkala racun kulat hexaconazole adalah langkah terbaik utk perlindungan terhadap kulat akar putih, yer. Boleh disiram pada keliling pangkal kanopi pokok yg sihat setiap 6 bulan sekali. Harap membantu.

          Reply
        • February 14, 2022 at 4:10 pm
          Permalink

          salam tuan.sy ada buat mol ikan dan mol buah sendiri.buat ikut formula memang diperap berselang seli dgn gula merah. bolehkah ditambah lagi moleses yg disimpan dlm cecair utk lebih power.jika sy buat penyemburan mol tsbt..bolekah sy campur dgn gam pelekat dn cuka kayu atau racun organik yg lain…biasanya utk 10 litr air ungai..sy boh 500ml mol+30ml gum+40ml cuka kayu.t.ksh tuan

          Reply
          • March 15, 2022 at 8:28 am
            Permalink

            Saya x praktikkan campur foliar dgn racun. Pelekat dan cuka kayu boleh.

    • December 1, 2021 at 6:33 am
      Permalink

      assalam tuan….saya ada masalah dahan pokok duri hitam yg melendut…ada yg kata itu normal dan dinasihatkan supaya saya potong/buang dahan tu…ada cara lain tak selain potong?rasa saya pula sbb saya dah buat pemangkasan sebelum ni….takut gondol pula…

      Reply
      • December 16, 2021 at 8:50 am
        Permalink

        Itu normal, biarkan saja. Lama-lama akan keras nanti.

        Reply
  • August 31, 2021 at 5:01 am
    Permalink

    Salam tuan,
    Saya tersalah menyembur racun pada pokok durian saya menyebabkan daunnya keguguran. Apakan yang saya perlu lakukan atau membiarkan sahaja. I have been Mohon penjelasan. Terima kasih.

    Reply
    • September 1, 2021 at 1:18 pm
      Permalink

      Waalaikum salam,

      Adakah racun itu racun rumpai? Apa yg saya boleh nasihat ialah siram air pada daun dan tanak sekeliling pangkal pokok sebanyak yang mungkin. Ulang selama 3 hari berturut2. Harap dapat membantu.

      Reply
        • September 2, 2021 at 5:53 am
          Permalink

          Boleh puan. Sila bancuh mengikut label (3ml untuk 1L air).

          Reply
          • September 4, 2021 at 12:37 am
            Permalink

            Sebelum ini sy ada sembur racun ulat & vitamin. Adakah kena tunggu tempoh tertentu untuk guna fastgrow. Tq.

          • September 5, 2021 at 3:25 pm
            Permalink

            Ya, tunggu pokok nampak ada pucuk baru keluar baru guna fastgrow. Kalau pokok tidak pulih lagi tidak bermanfaat utk spray fastgrow. Sama mcm manusia yg sakit, bagi makanan sedap2 pun dia x berselera untuk makan.

  • November 20, 2021 at 1:33 pm
    Permalink

    Salam tuan. Pokok-pokok durian saya terdapat tanda2 hawar daun dan bintuk-bintuk hitam.
    Saya spray keseluruhan campur foliar (chitosan), antrocol, mnenceren dan D-505. Boleh ke?

    Reply
    • November 22, 2021 at 8:16 am
      Permalink

      Waalaikum salam Tuan Farhan,
      Saya anggap D505 tu ialah Nurelle D505. Jawapannya boleh. Selamat berkebun.

      Reply
      • November 22, 2021 at 9:22 am
        Permalink

        Jazakallah Tuan. Jika ada kelapangan boleh singgah di kebun saya di Marang, Terengganu. Baru sahaja mula tanam 7 ekar. Banyak perkara yang saya nak belajar.

        Reply
  • January 16, 2022 at 11:46 am
    Permalink

    assalamualaikum tuan.. penyakit hawar daun.. ada tak penawar atau cara rawatan dari akar. sebb pokok tinggi. gun sprayer tak sampai. terima kasih.

    Reply
    • April 15, 2022 at 5:41 am
      Permalink

      Tiada cara selain dari spray daun tuan.

      Reply
  • January 18, 2022 at 2:33 am
    Permalink

    Salam tuan. Saya ada menanam lebih kurang 20 anak pokok durian di kawasan perumahan saya. Semuanya baru 4 bulan dan di bawah redup pokok besar. Walaupun dilindungi redup pokol besar, didapati anak pokok diserang hawar daun, teritip dan mungkin kulat lain. Saya guna monceren dan neem oil (juga spray fumakilla h20) utk rawat tetapi adakah saya patut pindah anak2 pokok ke kawasan yang tidak di bawah pokok besar (atau langsung tiada pokok di atasnya?)? Saya rasa kulat2 datang daripada pokok2 besar tersebut? Lagi satu, adakah daun yg kecut atau remuk di hujungnya disebabkan teritip atau sebab lain? Terima kasih banyak2.

    Reply
    • March 15, 2022 at 8:45 am
      Permalink

      Anak pokok durian mesti kena cahaya matahari, kalau tidak akan mudah sakit. Berada di bawah lindungan pokok2 besar juga bermakna anak2 durian tersebut kurang mendapat aliran udara yg sempurna. Spora kulat juga mungkin dijangkiti dari pokok2 besar itu.

      Soalan kedua memerlukan gambar utk saya jawab.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *