Salam kepada pembaca-pembaca,
Nama saya Sean dan pada Ogos 2018 saya mula membangunkan tanah dusun berkeluasan 4.7 ekar di kampung saya yang terletak di Tapah, Perak.
Penanaman durian merupakan pilihan saya disebabkan kawasan yang berbukit dan mempunyai tanah yang amat sesuai. Banyak kebun durian di sepanjang laluan dari Jln Pahang Batu 3 sehinggalah ke Batu 14 turut menyakinkan perancangan saya.
Banyak ilmu yang masih belum dipelajari dan pengalaman praktikal yang harus ditempuhi.
Laman web ini dibina sebagai jurnal digital untuk merekodkan kerja-kerja, pengalaman dan pahit-maung saya membangunkan sebuah kebun durian.
Berbeza dengan sebuah jurnal berbentuk buku, jurnal ini tidak akan hilang dan yang paling utama ia dapat dikongsikan kepada penanam-penanam durian yang lain termasuklah mereka yang berminat dengan tanaman durian.
Tidak seperti laman web/blog durian yang lain yang kebanyakannya ditulis oleh penggemar buah durian dan mereka yang terlibat dengan ‘duriotourism’, blog saya akan berkongsi dengan pembaca pengalaman dari aspek seorang penanam dan pekebun durian.
Diharapkan dengan perkongsian ini, industri durian di Malaysia akan terus berkembang dengan pesat.
Saya boleh dihubungi dengan mengisi borang di bawah. Akhir kata dari saya……..Kita lawan Thailand!!