1 Ekar Berapa Pokok? (Jarak Tanam Durian)

susun atur pokok durian

Menentukan jarak tanam pokok adalah perkara yang amat penting ketika kebun mula-mula dibangunkan Sebarang kesilapan akan mempunyai implikasi masa depan yang tidak boleh diubah lagi.

Sesetengah penanam durian menanam dengan jarak yang terlalu dekat untuk memasukkan sebanyak mungkin anak benih pokok durian di dalam kebun mereka. Ketahui kaedah yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian disini. 

Pejabat Pertanian mengesyorkan tanaman durian dilakukan seperti ukuran-ukuran yang berikut:

  1. 40 kaki X 40 kaki = 27 pokok
  2. 35 kaki X 35 kaki = 36 pokok
  3. 30 kaki X 30 kaki = 48 pokok

Pengiraan untuk setiap syor ini adalah seperti di bawah:

1 ekar (bersamaan dengan 43,560 kaki persegi) 

Bilangan pokok = 43,560 kaki persegi ÷ (luas jarak yang dipilih)

Sebagai contoh, jika luas jarak yang dipilih ialah 30 kaki X 30 kaki, maka:

BIlangan pokok untuk (30 X 30) = 43,560 ÷900 

= 48 pokok 

jarak tanam
Susunatur segi empat
Jarak Tanam Durian Kaedah Segi Tiga Sama

Berbeza dengan kaedah segi empat, susunan segi tiga sama adalah seperti rajah dibawah:

 

jarak tanam

Pengiraan untuk bilangan pokok dalam 1 ekar ialah:

(Keluasan kawasan seekar ÷ jarak tanaman)   x   1.154 

[4,046.9 m2 ÷ (9.14 m x 9.14 m)]   x  1.154

= 56 pokok

* 1.154 ialah faktor konstan tiga segi 

Dengan ini kita dapat menyimpulkan bahawa penanaman dengan susunatur segi tiga sama akan membolehkan 16% lebih pokok dapat ditanam pada keluasan yang sama iaitu seekar. 

Kenapa 30' x 30' Adalah Jarak Paling Minimum?

Jarak minimum telah mengambil kira ukuran jejari kanopi pokok dewasa. Sebagai contoh, 30 kaki adalah bersamaan dengan 9.14 meter (ukuran dari pokok ke pokok bersebelahan). Ini bermakna panjang jejari kanopi antara 2 pokok bersebelahan sebelum ia bersentuhan hanya 4.6 meter.

Bergantung kepada jenis klon pokok durian, diameter kanopi adalah di antara 10 meter ke 12 meter. Oleh itu bila dikaji semula, diameter kanopi yang melebihi 10 meter akan menyebabkan dahan pada 2 pokok bersebelahan bersentuh. Penanam mungkin perlu membuat pangkasan dahan jika ini berlaku.

Jarak tanam 40 kaki X 40 kaki dilihat adalah yang terbaik.     

Kebaikan Jarak Tanaman Lebih Jauh

Di antara kebaikan jarak tanaman yang lebih jauh ialah seperti di bawah:

  1. Pencahayaan sempurna sehingga ke seluruh kanopi daun yang akan mengekalkan pertumbuhan fasa reproduktif pokok. Ini bermaksud perkembangan buah pada dahan akan lebih sempurna.
  2. Membolehkan aliran udara yang baik seterusnya mengelakkan serangan atau jangkitan kulat yang biasanya menyerang daun-daun pokok durian.
  3. Mengurangkan mobiliti haiwan perosak seperti tupai dan monyet yang mudah untuk melompat dari dahan satu pokok ke pokok yang lain (menyebabkan pemasangan kepingan zink pada batang pokok tidak efektif)

Apakah kaedah dan jarak penanaman yang telah dipraktikkan di kebun atau ladang durian anda? Sila komen di bawah. 

Share this

14 thoughts on “1 Ekar Berapa Pokok? (Jarak Tanam Durian)

  • July 6, 2021 at 2:57 am
    Permalink

    Informasi baik dan berguna kpd mereka yg berminat memulakan projek tanaman durian

    Reply
  • July 17, 2021 at 11:01 pm
    Permalink

    Ilmu yg sgt berguna dan blh dimanfaatkn..Saya sgt berminat dgn ilmu yg tuan berikan.doakn projek saya juga berjaya.saya baru bermula thn 2020..saya brmula dgn 15 pokok..sedi kedua 10 dn skrg sesi ketiga d sempeneh pula..tapi susah hati..nk dpt punca air. Blhkah kita guna punca air drp air sg dgn polypaip..mcm mana nk buat..tiada ekektrik d sini

    Reply
    • July 19, 2021 at 6:51 pm
      Permalink

      Salam Tn Razak,
      Air sungai boleh digunakan. Saya recommend pam air diesel dan bukan petrol, diesel lebih tahan lasak manakala petrol tidak boleh running lama. Pastikan rekabentuk penapis sesuai atau memasang strainer pada pam suction untuk mengelakkan pam senang tersumbat. Semoga berjaya dengan projek tuan.

      Reply
  • July 27, 2021 at 1:23 am
    Permalink

    ilmu yg sangat baik.tq bagi maklumat

    Reply
  • July 30, 2021 at 6:44 am
    Permalink

    Salam, tuan… sesuai tak menggunakan air payau utk tanaman durian

    Reply
    • August 2, 2021 at 11:54 am
      Permalink

      Waalaikum salam,
      Cuba check pH dan EC (electro-conductivity) untuk air payau yang dicadangkan menggunakan meter yg sesuai. Kemudian baru boleh saya beri pendapat.

      Reply
  • August 18, 2021 at 2:32 pm
    Permalink

    Alhamdulillah, info yg sgt berilmiah & berguna sekali.
    Saya ada pertanyaan kpd tuan, melihat kpd industri durian negara saban tahun terus berkembang pesat serta eksport menunjukkan peningkatan yg ketara, memperlihatkan industri ini sebagai sumber ‘komoditi’ baru buat pemain industri keseluruhan.

    Soalan saya;
    1). Tanaman durian kelas premium ini adakah juga sesuai dtanam dtanah rendah (gambut/paya gambut). Kebiasaan tuk tanaman padi, nenas, kelapa dsbsya.

    2). Berapa minimal keluasan tanah utk kita hendak memulakan tanaman durian premium ini secara komersial.

    3). Dimanakah utk kita mendapatkan khidmat nasihat, teknologi tanaman, geran/pinjaman.

    Reply
    • September 1, 2021 at 1:28 pm
      Permalink

      1) Durian tidak sesuai ditanam di tanah gambut atau berpaya. Akar pokok durian tidak tahan dengan tanah yg masam (pH berasid) dan tanah yg sentiasa basah. Ada pekebun yg cuba menanam anak pokok durian di tanah gambut/berpaya dengan membuat busut. Pada hemat saya, anak pokok akan nampk sihat pada 2 tahun pertama kemudian apabila akar terus bergerak ke dalam tanah, daun pokok akan mula menguning dan pokok akan mula sakit.

      2) Keluasan untuk komersil pada pemerhatian saya ialah 6 ekar.

      3) Khidmat nasihat boleh melalui FAMA, youtube Lim Chin Kee (sifu durian), geran/pinjaman ialah melalui pejabat pertanian daerah.

      Harap dapat membantu. Sekian

      Reply
  • September 26, 2021 at 9:08 am
    Permalink

    Assalamualaikum tuan. Pertama sekali sy ucapkan terima kasih atas perkongsian ilmu yg sgt berguna ini. Sy ada pertanyaan tuan, adakah pokok durian ini boleh ditanam di kawasan tanah yg sedikit berbukit tanpa diteres? Kawasan tanah sy jauh d pedalaman dan agak berbukit. Terletak di tepi sungai air tawar. Mohon pencerahan. Terima kasih.

    Reply
    • October 31, 2021 at 1:16 pm
      Permalink

      Waalaikum salam. Boleh di tanam di kawasan sedikit berbukit tanpa teres, cuma saya cadangkan buat tapak gajah keliling pangkal anak pokok tersebut. Lagi besar lagi bagus. Masalah pokok yg ditanam tanpa teres pada kawasan berbukit ialah:
      1. Baja akan wash-away bila hujan dan bila disiram (diselesaikan dengan cara buat tapak kaki gajah yg agak luas keliling pangkal pokok atau baja ditanam dengan cara membuat longkang, tabur baja dan kemudian dikambus)
      2. Maintenance lebih penat terutama ketika hendak mesin rumput, membaja dan menyembur kerana kaki sentiasa perlu on handbrake (sakit lutut dll.)

      Reply
      • December 6, 2021 at 9:54 pm
        Permalink

        1.Assalam… tanah saya 1 1/2 ekar jer.. cadang nak tanam durian dlm 1/2 ekar… berapa sesuai pokok nak ditanan…
        2. Antara pokok durian ada ruang yang luas juga… tanaman apa yg sesuai ditanam sementara pokok belul besar.

        Reply
        • December 16, 2021 at 8:47 am
          Permalink

          1. Setengah ekar boleh masukkan 12 pokok maksimum.
          2. Saya cadangkan pisang

          Reply
          • January 10, 2022 at 10:09 pm
            Permalink

            Berapa modal dana kena keluarkan untuk tampung kos menjaga pokok durian sehinggw keluar hasil untuk keluasan kebun 2ekar

          • January 14, 2022 at 8:44 am
            Permalink

            Saya pernah membaca satu artikel daripada Jabatan Pertanian yg menyatakan bahawa setiap pokok mempunyai kos penjagaan sebanyak RM500 sehingga berbuah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *