.

Selamat Datang

Bukit Tapah Durian Orchard telah dibangunkan di atas tanah berkeluasan 4.7 ekar pada pertengahan tahun 2018. 

Kebun durian ini terletak di lokasi strategik beberapa km daripada pekan Tapah dan 2 jam perjalanan ke pekan Tanah Rata, Cameron Highlands. 

Di kelilingi oleh bukit-bukau dan permandangan gunung dan suasana nyaman pada pagi hari. 

Kebun durian ini mempunyai pokok-pokok durian daripada klon-klon terkenal seperti Musang King, Duri Hitam, Tekka, D168, MDUR 88, D145, D198, klon-klon negara jiran Thailand termasuk juga durian kampung.

Pokok buah-buahan tropika yang lain seperti cempedak, nangka, mesta, mangga, sukun dan petai juga boleh didapati di dusun ini.

Pekan Tapah

Laman web ini dibangunkan sebagai paparan permulaan dan proses pematangan sebuah dusun durian. Ia juga bertujuan untuk:

  1. Berkongsi maklumat dan ‘best practices’ di dalam bidang pertanian dan penanaman buah-buahan dengan dusun-dusun durian yang lain samada di Perak atau di negeri-negeri lain
  2. Sebagai saluran ‘branding’ dan ‘marketing’ untuk dusun durian ini daripada segi lawatan sambil belajar, aktiviti trial permaculture dan aktiviti komersil pemasaran hasil
  3. Sebagai ‘digital journal’ pemilik kebun ini bagi berkongsi aktiviti harian, pengalaman dan pemerhatian 
kebun durian perak
Jalan masuk ke Bukit Tapah Durian Orchard

Notifikasi artikel terbaru:

* diperlukan
/ ( mm / dd )

Setiap subscriber baru akan mendapat template spreadsheet Microsoft Excel ALIRAN KEWANGAN KEBUN DURIAN yang lengkap dan boleh digunakan untuk merekodkan aliran perbelanjaan CAPEX dan OPEX kebun. 

Saya akan menghantar template ini secara percuma ke alamat email yang diberikan oleh pembaca. Contoh template adalah seperti di bawah.